Madeeha's Life ♥

★ ★ ★ ★ ★
Tentang Cinta..♥ *penting ke?
Sunday 25 March 2012 00:32:00






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia. Muehehe :3

Amboih , salam 1malaysia lagi tuh.. Kelazz nyah! Hhee , Oh yaa , bace tak Tajuk tuh? Ok great. Tajuk ala ala lagu Astrid ~ Tentang Rasa. Gtuhhh. Hhahaha, :p Okay, kalau kita tengok nowadays lah kan, ramai yg bercinta, ramai yg mencintai, ramai yg perkata tentang cinta. Sebenarnya ade apa dengan CINTA nih ? PENTING KE ?? Jom jom bace entry aku nih.. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

^_^

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram.Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara luaran saja. Ketertarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dan dilindungi dari segala kehinaan, maksiat dan apa saja yang mengotorinya.Islam menyucikan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram. 

PERNIKAHAN TEMPAT BERMUARANYA CINTA

Pernikahan dalam islam merupakan sebuah kewajipan bagi yang mampu. Dan bagi insan manusia yang saling menyintai pernikahan seharusnya menjadi tujuan utama mereka.Kerana itulah percintaan yang tidak mengarah kepada pernikahan bahkan disertai hal-hal yang diharamkan agama sangat ditentang oleh islam. Cinta dalam pandangan islam bukanlah hanya sebuah perhubungan atas dasar nafsu semata-mata.Ini kerana cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan menyengsarakannya dan bukan juga menjerumuskannya ke jurang maksiat.Percintaan tanpa didasarkan dengan tujuan hendak menikah adalah sebuah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh agama. Kerana batas antara cinta dan nafsu pada dua orang manusia yang saling menyintai sangatlah nipis sehingga pernikahan adalah sebuah ubat yang sangat tepat untuk mengubatinya.

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah SWT sebagai sebabnya. Cinta kerana Allah dengan meletakkan Allah sebagai cinta pertama. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini.Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu dimana kedua orang yang saling menyinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihi dan berkongsi hidup baik suka mahupun duka.


Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.. :')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah baca? Puas hati ke tak? Muehehe 



*Enterpremmm sekejap*
Comel kan? :'D
Bulunya..


Owner this lovely cat ; Ameir Farhan.
This lovely shumeyl cat name's ; Mickey.
Okaybaii #




Lots of Love,

Greetings ! ;



Assalamualaikum makhluk Allah semua ! x'D kupu-kupu sedang skodeng blog saia♥(s). I'm Madeeha Nardin , twenty years old on Novermber2013 . Asal Kelantan , stay Kuantan :)
Do whatever you want here , but please MIND YOUR WORDS oukay :)
Thanks for landing here . Love you more ♥


Dugaan yang datang bertubi - tubi :'(

Cit Chat ! Don't Forget To Leave Your Footstep Here Oukay Dear ! :)



♦ URL blog wajib ade not email ♦




Edited By ;




All rights reserved ® Madeeha Nardin 2014.