Madeeha's Life ♥

★ ★ ★ ★ ★
CerPen penDek : Jika itu tAkdiRnya , kU teRima :'(
Thursday 5 January 2012 00:23:00








HAHA~ Cantekk kan ? 
aiscreamm bear ~ yummy yummy >.<"
Lapar la plak ~ Hewheww:3


Assalamualaikum ! :)


Hoi hoii.. hehe , iklan jewp atas tuh . Burink sudaa ~ Ok Hai .. Hari ni mendungg jewp kan ? Tak ujan tak panas . Kat umah aku la , korang aku tak tahu . Bhahaha ^^ . OK stop ! Neyh .. Tadik kan , aku takleh tido , then ttbe jewp mai idea nak buad cerpen pendek . So .. Ape lagik , jom terjah ! Kalo tak sedap jangan mara ea !! ^_^v peace !


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : JIKA ITU TAKDIRNYA , KU TERIMA ..


" Baby , dah siap ? " tanya Amirul Iqbal sambil memandang fail yang berlambak di hadapan matanya. Sebelah tangannya sibuk memusing ligat pen yang dipegangnya tanda dia berfikir. Sesekali kening yang tebal itu hampir saja bercantum.


" Not yet bie , could you please come here and wait for me ? " Tanya Aleeya Syaeqa manja sahaja bunyinye di hujung talian.


" I cant baby. Baby siapkan dulu ek , nanti dah siap , give me a call. Ok sayang? Bie banyak kerja sangat nie. " Beberapa ayat diturunkan di atas kertas yang menjadi perhatian matanya di kala itu. Pen berdakwat basah itu mula menjalankan kerjanya.


" Fine. Setengah jam lagi baby call. Bye bie , assalamualaikum. " Masih lagi manja dan lembut suaranya.


" Waalaikumussalam." Telefon bimbit lipatnya sekadar diletak tepi. Helaian di hadapan mata diselak lagi. Mencari ape yang dimahukan.


Sedang dia asyik mentelaah kejanya , pintu bilik pejabatnya diketuk.


" Masuk."


" Encik Amirul Iqbal. Tak nak balik lagi? "


" Oh Lina. Tak , saya masih banyak kerja lagi ni. Kalau awak nak balik , baliklah dulu. " Wajahnya tidak diangkatya langsung.


" Encik Amirul Iqbal."


" Nak apa Lina ?"


" Hai sibuk sangat sampai suara akak dengan suara secretary pun tak boleh nak beza ke? "


Amirul Iqbal mengangkat wajahnya. Terpampang wajah berkerut kakaknya di hadapan meja.


" Akak. Bile masa sampai?? " Tanya Amirul kembali sambil menghulurkan salamnya setelah pen diletakkan.


" Macam mana Leeya nanti bila kamu dah kawen dengan dia. Tak ada masa langsung. Jangan sampai suara isteri dengan suara orang gaji , kamu tak dapt bezakan. Sudah. Akak tak jamin. " Sekadar berseloroh dia duduk mengambil tempat di kerusi hadapan meja besar yang bertanda ' Amirul Iqbal bin Dato' Ismail ' - Pengarah Lembayung Corp. itu.


" Ke situ pulak akak ni. Bila balik? Projek dekat Ipoh dah ok ke? " Wajah Khaissara Mayisya yang kelihatan tenang itu ditatapnya.


" Tengok tu. Akak datang sini je, takde benda lain nak dicakapnya. Projek , meeting , client. Tak boleh ke akak nak lawat adik akak sesekali dekat pejabat ni? As your sister. Not as your bussines partner." Sesekali mata di balik kaca berbingkai penuh itu dibulat bulatkan. Senyuma lebar dipamerkan dibibir  nipisnya.


" Hari ni pegi kedai pengantin utk confirmkan pasal baju yang ditempah tu. Mama dah beritahu Mirul belom?"


Amirul Iqbal mengangguk. Pandangannya ditalakan pada bingkai kaca berbentuk hati di tepi mejanya. 'My sweet baby - Aleeya Syaeqa'. Cantik gadis berwajah bujur sirih dan bertudung litup dengan senyuman ceria di bibir munggilnya. Sering kali wajah di dalam bingkai itu ditatapnya jika ada kelapangan dan perlukan ketenangan seketika.


" Leeya tak cakap ape ke?"


" Cakap? "


"Yelah. Lagi 5 hari nak kahwin, awak tu boleh duduk melekat lagi kat document and proposal - proposal tu. Tak pergi teman dia pergi spa , shopping or something? "


" Dia boleh pergi dengan ibu dia kak. Mama pun selalu temankan dia. Tu adik dia dua org tu. Sibuk jugak nak cantik - cantik.


" Yelah. ade je jawabnye pengarah besar ni. Tak kesian langsung ke kat buah hati awak tu? Sabar memanjang. Kalau akak, mau kena abang Taufiz tu akak kerjakan. Hujung tudungnya dibetulkan kedudukannya.


" Kesian. But mama pesan , tak baik jumpe selalu kalau dah nak kahwin ni. Better Mirul buat kerja. Kan? Bukan Mirul tak nak kak. Mirul tahu Leeya tu tahu nak sabar dengan Mirul ni., that's why I choose her to be my wife.. Not perempuan perangai macam akak. Tak sabar. "


" Menjawab lagi dia. Kutuk akak pulak. Ni , pukul berapa nak pergi kedai penganti tu? Mama kata dia tunggu Mirul dengan Leeya kat sana. Tahu kan?"


" Akak dah bagitahu dua kali termasuk ni. Mirul tahu. "


" Malas akak nak layan kamu, akak pun nak gerak ni, jumpe kat sana lah."


Amirul Iqbal mengangguk sambil punggungnya diangkat.


Khaisara Mayisya menggeleng dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Amirul yang mengambil langkah ke bilik air di bahagian hujung biliknya itu utk mngerjakan solat Asar sebelum melakukan perkara lain.


Selesai solat , telefon bimbit di atas mejanya menjedit diminta diangkat.


"Assalamualaikum"


"Waalaikumussalam bie. Ayah suruh baby ikut dia. So , kita jumpe dekat kedai tu je lah. Baby nak bertolak dah ni."


"Ayah dah balik outstation?"


"Bie ni. Semalam lagi baby dah bagitahu.. Ayah dari hari khamis dah balik. Lupe ke ?" Ketawa kecil Aleeya Syaeqa yang memang mampu menambat hati lelakinya semenjak pertama kali mendengarnya, mengusik gegendang telinganya.


"Sory bie lupa. Ok lah bie nak gerak dah ni. See you there. Assalamualaikum."


Salamnya bersahut sebelum talian dimatikan. Telefon bimbit diletak dalam poket seluarnya sebelum berkemas.


Kot coklat kehitaman yang dikenakan dengan kemeja digapainya. Sekadar disangkutkan ditangan, dia berlalu meninggalkan bilik pejabatnya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


'Mana satu nak pilih ni? Kak Mayi memang tak faham dengan aku yang tak pandai memilh barang perempuan ni.' getus hati Amirul Iqbal sambil membelek beberapa tudung yang bergantungan dengan corak yang pelbagai.


Dia mengeluh kecil. Sesekali tangannya bermain di helaian itu. Memilih kalau - kalau ade yang berkenan pada matanya.


Masih buntu. Tiada sehelai pun yang menarik perhatiannya. Dia berpaling pada gantungan yang lain.


'Warna tu sesuai ke dengan mama?' getus hatinya dengan senyuman dibibir melihatkan tudung yang cantik warnanya bergantungan tidak jauh dari tempat dia berdiri.


Kakinya menapak. Matanya terus menerus melekat pada helaian tudung berwarna kuning cair dan dihiasi batu - batuan ditepinya.


Mendarat sahaja tangan kasarnya di tudung itu , satu tangan kecil terlebih dahulu menyentunya menbuatkan tangannya berada di atas tangan itu.


Amirul menoleh. Terpaku seketika anak matanya pada wajah mulus yang berada disisinya itu. Tinggi sekadar paras bahunya sahaja. 


"Encik , tangan saya," Getus gadis itu dengan muka yang kian merah. Bibirnya yang munggil berkilat itu diketap seakan menahan kesakitan.


"Sory I didnt mean it." Tangan ditarik dan terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Jantung berdegup pantas memalu perasaan.


Gadis itu tersenyum nipis sambil memicit tangannya. Sakit barangkali kerana genggaman tangan besar Amirul.


"Sakit ke?"


"Sakit."


'Merah. Kuat sangat ke aku genggam? Tak pasal pasal tangan anak dara orang aku pegang..' Hatinya dasak rasa bersalah melihat tangan berjari runcing itu.


"Cik nak tudung ni ke?"


Gadis itu mengangguk kecil. 


"But , kalau encik nak , ambillah. Saya boleh cari yang lain." Dia menundukkan sedikit wajahnya dan  mula hendak berlalu. Lemah lembut tutur gadis bertudung merah jambu itu membawa lari hatinya yang tak pernah terbuka lagi utk mengenal apa itu cinta.


"Cik."


Gadis itu berhenti dan berpaling seakan tahu dirinya dipanggil.


"Tudung ni."


"It's ok. I can buy next time." Tuturnya lembut, selembut raut wajah bujur sirih yang kemerah merahan itu.


Amirul mengangguk.


"Encik nak beli ke?" Tanya jurujual yg baru menghampirinya secara langsung menarik perhatiannya dari terus memerhati gadis kecil molek berbaju kurung itu.


Amirul mengangguk lagi. Sekilas matanya terpandang beg tangan berwarna merah jambu di atas timbunan kain tudung yg betul betul di bawah gantungan tudung yg dipilih Amirul tadi.


'Miss tudung pink tu... Dia tertinggal handbag ke?' Teringat dia pada kakaknya yg suka mengenakan beg tangan dengan baju yang dipakainya.


"Encik.. Ada lagi ke yang encik nak?"


Amirul menggeleng.


"Bayar dekat sana ye." Kaunter ditunjuk.


Tangannya menggapai beg tangan itu kerana dilihatnya tiada pelanggan lain di situ. Sepanjang di kaunter , juru wang asyik memerhatikannya yang membawa beg tangan itu. Mungkin kelihatan pelik tambahan lagi kena pula dengan baju kemeja yang dipakainya ketika itu.


Berpusing-pusing dia di dalam pusat membeli belah itu mencari kelibat gadis tadi. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari kedai baju ke kedai kasut. Masuk pula kedai pakaian wanita. Namun hampa. Tidak pernah hatinya keluh kesah seperti itu.


Jam tangan dipandang sekilas. Waktu mula menginjak jam 10 malam. Sejam lebih dihabiskan hanya utk mencari gadis itu. Benaknya penuh tanda tanya. Bagaimana gadis itu pulang? Bagaimana dengan ketiadaan telefon bimbitnya? Bagaimana dan bagaimana.


Kepenatan mencari membawanya terus ke tempat letak kereta bawah tanah. Dari jauh, dilihatnya ada sekumpulan lelaki berbaju serba hitam berdiri disisi keretanya.


Semakin dekat dia melangkah , baru dia perasan ada satu kereta Myvi putih disebelah kereta mewahnya itu. Di ballik beberapa lelaki yang berdiri itu, kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu yang mukanya merah. Pipinya dibasahi titisan jernih.


"Oi!"Jerkah Amirul sekadar menarik perhatian lelaki lelaki tersebut.


Seperti yang difikirkannya , lima lelaki itu berpaling. Masing masing mengangkat kening dan gadis itu terkebil kebil.


" Korang buat ape dengan dia hah ? " Tanya Amirul , agak kasar sambil menghampiri kumpulan itu.


" Nak..." Belum sempat lelaki itu menjawab , penumbuk besar telah mendarat di tulang pipi lelaki itu. 


" Bro.. Wait.. Sabar," Getus salah seorang rakannya. Dan membantu rakannya yang sudah terjelepuk dek kerana penumbuk Amirul itu.


" Apa sabar ?! Korang kalau nak buat kerja tak senonoh , bukan pada dia. Kau tahu tak dia isteri aku ?!!" Selamba je dia berkata dengan muka yang sudah merah kerana amarahnya. Sekadar melembutkan alasan utk menakutkan dan membel gadis yg mula hinggap dan bergayut ditangkai hatinya itu.


" Bro , kitorang tak buat ape - ape pun dengan isteri lu ni. Dia hilang handbag. All the stuff in her handbag. Termasuk kunci kereta dia ni. So... "


" Diorang nak tolong saya," Sambung gadis itu dengan wajah kasihannya. Air mata yang menapak di wajah mulusnya dikeringkan.


Amirul mengangkat keningnya. Silap tindakan.


" Dekat tangan awak tu..."


" Oh , ni , beg awak , sayang. Awak tertinggal dekat kedai tudung tadi." Lakon Amirul sambil menutup malu yang menyerbu mukanya.


" Lah , handbag awak dekat suami awak tu ke ?"


" Tak pasal-pasal makan penumbuk suami orang."


"Kau tinggalkan isteri kau yang cantik ni sorang-sorang kat underground parking ni kenapa bro? Masalah lah lu ni."


Satu-satu ayat yang keluar dari mulut mereka yang beransur meninggalkan tempat itu.


Amirul menyentuh belakang lehernya. Malu semakin membahang. Tidak pernAH dia bertindak sebegitu rupa. Entah kenapa air mata di wajah putih gebu itu menyentap rasa dalam jiwa lelakinya.


"Thanks." Lunaknya suara gadis itu menyentuh gegendangnya.


Amirul mengangguk dengan senyuman nipis yg terpaksa diukir utk menutup malunya.


"Boleh tak saya nak handbag saya? DAh malam sangat ni. Nanti ayah dengan ibu saya risau."


"Oh , ni. Lain kali jangan tinggal merata - rata ok." Sempat dia berpesan.


"Thanks." Beg dibuka , kunci kereta dikeluarkan.


"Cik." Tangan gadis itu terhenti dari membuka pintu kereta.


" Can I know your name and your phone number? "


Gadis itu terdiam. Mata bundar bebulu mata lentiknya terkebil-kebil memandang wajah bersih Amirul.


"Saya milik ayah dan ibu saya. I think, better Encik mintak pada diorang daripada minta dari saya. Saya dah lambat ni. Saya balik dulu. Thanks dan assalamualaikum."


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketukkan di pintu kereta mengejutkan Amirul dari lamunannya mengenai pertama kali dia berjumpa gadis bernama Aleeya Syaeqa , tiga bulan lepas. Seorang guru tadika yang lemah lembut kelakuannya.


Paras tingkapnya diturunkan kerana seorang gadis berbaju kurung sutera sedang berdiri di luar seakan menantinya. Menjongol wajah bujur sirih kemerahan Aleeya dengan senyuman mekarnya.


"Mama tanya , bie dah tak nak keluar ke ?"


"Hmm."


"Dia tanye , nak try baju pengantin dan ambil gambar tak? What you think? " bual Aleeya sementara merekan menapak ke kedai pengantin yang bertentangan dengan tempat letak kereta mereka.


"Tak perlulah. Sebab 5 hari je lagi bie dapat tengok baby pakai baju pengantin kan? "


"But , I want to. Yelah. Manalah tahu , baby tak sempat nak pakai baju pengantin yang kita tempah tu." Perlahan dia berkata seakan berbisik tapi mampu lagi telinga Amirul menangkapnya.


" Why are you talking like that ? Tak baik tau sayang ! "Seakan lain macam sahaja bunyinya.


Aleeya Syaeqa berpaling dan secalit senyuman diberikan kepada tunang kesayanganya itu.


"Fine. Kita try and take some picture utk kenangan beli baju pengantin. Ok? " Seperti yang dikata Kak Mayinya. Sesekali, apa salahnya ikutkan saja permintaan Aleeya kerana selalu saja gadis itu bersabar dengan dirinya.


Itulah sifat Aleeya Syaeqa. Dia akan meminta sekali sahaja. Jika tidak diberi , dia tidak akan meminta lagi. Sabarnya sifat Aleeya memang dikagumi. Sekali pun tidak terbakar marahnya jika Amirul terlupa janji. Cuma sifat manjanya itu kadang-kadang terlahir walaupun dia anak pertama dalam keluarga. 


Melebar senyuman Aleeya Syaeqa , lalu dia mengangguk.


"Ibu , mama. macam mana?" Tanya Aleeya sambil tersenyum.


Amirul yang asyik membelek gaun pengantin juga berpaling memberi perhatian pada suara itu. Terkesima sebentar melihat wajah itu yang sudah cantik dihias dengan pakaian pengantin bertudung yang berwarna krim keemasan.


"Bie?" Panggilan itu menarik kembali Amirul ke alam nyata. Aleeya yang berdiri di depannya ditatap terus. Senyuman manis di bibir munggil itu tidak pernah hilang.


"Macam mana?"


"Hmm?"


"How do I look?"

"Cantikk."



"Sementara je taw cantik ni."


"Saya tahu." Suka betul diri itu mengingatkannya. Kata Aleeya , 'Kalau cantik Aleeya yang Amirul sayang? Amirul kena ingat. Cantik ni hanya sementara je.'


Memang kecantikan wajah itu menarik perasaannya. Tapi hati bersih milik gadis itu lah yang membuat dia mampu nafikan yang kecantikan itu adalah yang kedua selepas hatinya.


"Macam ni boleh ke?" Tanya Aleeya seronok hendak mengambil gambar dengan pakaian sedondon yang disarungnya bersama Almirul disisi.


"Cantiklah kak Leeya. Adik pun lepas ni boleh?" Seloroh Faika. Adik kedua Aleeya yang berdiri dibelakang kamera.


"Tunggu Iqa cukup umur dulu lah. Kak Mira pun tak kahwin lagi. Eei gatal ! ," Getus Miralya , adik bawah Aleeya , anak kedua Dato' Farid.


" Bergaduh pula.," Getus Aleeya dengan senyuman. Kedudukan selendang yang dikenakan dengan tudung kosong itu dibetulkan sedikit.


"Ok Amirul, Dekat-dekat sikit. Bukan macam tu..."Membebel je mulut Diya menyuruh Amirul membetulkan kedudukan dia berdiri.


"Amirul. Diri belakang Aleeya. Baru nampak mesra," Cadang kak Mayi pula. Tersenyum setiap wajah itu.


"Macam ni?"


Diya dan kak Mayi mengangguk serentak.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Aleeya , dah suruh Amirul ambil baju utk khatam malam nanti?" Tanya Datin Marisa , mama Amirul Iqbal sementara lalu di bilik tamu , tempat dimana saudara mara berkumpul dan turut memeriahkan majlis berinai itu.


"Belom ma," Tersenyum bibir melihat keletah anak - anak saudara dan adik- beradiknya dan Amirul yang sibuk menghulur tangan hendak mngenakan inai di jari masing-masing.


"Mana pergi budak ni. Dipesan. Entah dia ingat ke tidak malam ni dah start majlis. Orang sibuk dekat rumah ni , dia tak sudah-sudah dengan kerja dia."


"Biar Leeya yang call dia ma." Tidah mahu dilihatnya Datin Marisa terus menerus risau akan anak lelakinya yang satu itu.


"Yelah." Datin Marisa berlalu.


"Kitorang nak pekat macam Kak Aleeya tu...."Kedengaran suara kecil Maya . Anak saudara Amirul.


"Ish budak ni. Itu pengantin. Awak tu duduk tepi je taw !"Bidas Salwa sambil dicubitnya pipi Maya yang banyak keletahnya itu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Encik Amirul Iqbal , taknak balik ke?" tanya lisa yang baru saja menjengul setelah dibenarkan masuk sebentar tadi.


"Kejap lagi Lisa. Kalau awak nak balik, baliklah. " Jawab Amirul tanpa mengangkat wajah.


Lisa mengangguk.


"Saya balik dulu"


Amirul mengangguk , "Assalamualaikum"


Kerana terbiasa dengan cara Aleeya , dia pasti akan mengucapkan perkataan itu sama ada baru bertemu atau hendak berpisah.


Lisa mengangguk lagi sebelum menjawab salam.


Seketika Lisa keluar , telefon bimbitnya bergetar. Tanpa melihat siapa pemanggil , dia menjawabnya.


"Assalamualaikum"


"Waalaikumussalam bie, mama tanya. Bie dah ambil baju utk khatam malam ni? " tanya Aleeya diujung talian.


"Baju khatam? " Pen dipusing-pusing di jarinya seperti selalu.


"Hmm. Bie dah ambil?" Lembut suara itu bertanya,


"Ya Allah. Belum lagi la sayang!" Dalam dia memusingkan pennya , pen itu tersasar dan jatuh terpelanting jatuh dari mejanya membuatkan dia berkerut dahi. Tidak pernah terlepas memusingkan penanya.


"Bie dekat mana tu?"


Amirul bangun utk mengambil pennya. "Office sayang , sikit je lagi kena siapkan ni. Nanti bie balik , bie ambil baju tu k."


"Dah pukul 5.45 ni. Takut tutup kedai tu. Biar baby pegi ambil jelah ye, " Pinta Aleeya.


"Boleh juga. Ouch.."getus Amirul ketika sikunya terhantuk pemegang kerusi sewaktu dia hendak bangun dari mengambil pennya.


"Bie, are you ok?" Kedengaran lunak risau suara itu.


"Ok, bie terlanggar kerusi je."


"Ok bie. Take care ok, jangan balik lewat sangat."


"Hmm, assalamualaikum sayang,"


"Bie," panggil Aleeya tidak menjawab salamnya


"Jangan balik lewat ye , babay takut tak sempat jumpe bie."


"Sempat baby , jangan risau k. Kejap lagi bie balik. Bie nak siapkan kerja ni. Bie letak k."


"Bie.. Wait!"


"Ape lagi baby?"


"I think its too early to say this. But I want you to know, I love you.. Kalau tak de jodoh antara kita..."


"Kenapa baby cakap macam ni?"


Aleeya di hujung talian diam.


"Baby??"


"Hmm."


"I love you too. Jangan nak buat saya fikir bukan-bukan ok. Saya letak ni. Assalamualaikum"


"Waalaikumussalam"


Amirul mengerutkan dahinya. Kenapa lain macam saja kelakuan Aleeya sejak kebelakangan ini. Tidak pernah mengucapkan perkataan itu. Katanya ingin hadiahkan ucapan itu selepas akad nikah nanti. Ucapan salamnya juga kedengaran lain. Seakan berat hati Amirul pada ketika itu.


Dia duduk menyambung kerjanya. Berkira-kira hendak pulang sebelum pukul7 kerana majlis khatam berlangsung pukul 9 malam nanti.


Satu-satu fail dibuka dan disemak seperti selalu. Selesai di atas meja , dia bangun mencari fail di rak belakang mejanya. Tarik sahaja fail yang dikehendakinya , bersepah kertas-kertas dari dalam fail terbang berterabur di atas lantai. Seakan ada benda yang tidak kena dengannya sepanjang hari itu.


Kertasnya dikutip. Tidak sampai separuh , telefon bimbit yang berada dimeja berdering. Diletak sahaja kertas-kertas tersebut di lantai lalu bergegas mendapatkan telefon yang seakan menggamitnya utk segera mengangkat.


'RUMAH'. Berkerut seketika dahinya sebelum melekat telefon berwarna putih kelabu itu di telinganya.


"Assalamualaikum Mirul. Balik sekarang. Leeya , Mirul... Leey.." Kedengaran tangisan mamanya di hujung talian belum sempat ucapannya diteruskan.


"Ma, kenapa ni?? Kenapa dengan Leeya ?? "


"Aleeya accident depan kedai pengantin."


Bagai ditarik kasar degupan jantungnya waktu itu. Dengan semena-mena kakinya lemah utk berdiri.


"Sekarang Leeya kt mana ma???" Tubuhnya disandarkan di dinding. Menampung kakinya yang kian lemah menerima berita itu.


"Kecemasan. Tapi...." Suara tu seakan akan terhenti.


Air matanya mengalir lebat bersama sorotan tubuhnya yang hampir terduduk.


"Leeya dah tak de Mirul !! Dia dah takde.." Akhirnya berita itu sampai ke corong telinganya setelah sekian lama mendengar mamanya menangis di hujung talian.


'Baby. Baby... Baby !!!' hatinya meronta kuat. Tak mampu dia melawan takdir yang hebat itu.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


'Pandai Diya ambil , nampak cantik' manja suara Aleeya Syaeqa sambil membelek gambar yang diambil Diya terdendang ditelinganya waktu itu. Satu-satu gambar dia bersama Aleeya yang memakai baju pengantin itu dibeleknya.


'Bie , rasanya sama macam ni ke kalau nikah nanti?'


'Nope. Akan cantik dari ni.'


'Kalau baby pakai baju putih waktu malam sebelum nikah nanti , bie rasa macam mana ??'


'Baby pakai ape pun , cantik sayang.'


'Kalau solekannya berbeza , tak ceria macam ni?'


'You still the most beautiful one baby.'


'Hope so.'


Terngiang-ngiang perbualannya bersama Aleeya ketika di meja makan waktu makan malam dua keluarga yang agak meraih selepas mereka singgal di kedai pengantin itu.


Malam yang sepatutnya meriah dengan majlis khatam digantikan dengan majlis kenduri pengebumian Aleeya Syaeqa yang cantik memakai baju pilihan hatinya. Baju putih yang dikatanya hendak disarungkan pada malam itu.


Dan hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah penyatuan dua hati , menjadi titik pemisah antara Amirul Iqbal dan Aleeya Syaeqa.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Uncle Mirul ,Uncle nak beli ke tu?" tanya seorang kanak-kanak perempuan sambil menarik-narik seluarnya manja sambil tangannya menunding pada apa yang dipegang Amirul Iqbal.


"Tak lah , mana mama Eqa?" Tanya Amirul sambil meletakkan tudung kuning cair itu kembali ditempatnya. Tubuh anak kecik berumur 5tahun itu diangkat.


"Mama dekat sana. Beli tu." tujuknya dan jari kecilnya menunjuk kepada Adria Madiya , adik bongsu Amirul yang sedang berdiri di kaunter.


" Itukan cantik. Uncle taknak beli ke?" kembali dirujuknya pada tudung yang tadi dipegang oleh Amirul.


"Tak. Takde sape nak pakai kalau uncle Mirul beli. Jom," ajak Amirul sambil menyentuh kepala anak buahnya itu.


Kakinya melangkah keluar dari kedai tudung itu. Kedai yang menjadi saksi pertemuan dia dan Aleeya Syaeqa, 10 tahun lepas. Dan warna tudung sama membuatkan itulah kali pertama dan terakhir tangan Aleeya Syaeqa disentuhnya.


'Sayang.. saya tak sempat nak belikan tudung yang awak nak tu utk awak. Kalau bukan takdirnya awak pergi dulu dari saya , mesti sekarang awak masih ada berjalan dengan saya. Singgah kedai tudung kegemaran awak tu.' Bual hati Amirul sendiri. Panas terasa menyerbu kelopak matanya.


'Mirul , Leeya tak suka Mirul salahkan diri sendri.. Tak baik taw !' suara manja Aleeya Syaeqa terus menerus mengikut setiap rentak nadinya selepas pemergian gadis itu. Gadis yang banyak mengajarnya erti sebuah hubungan dan kehidupan.


'Love you baby.. Forever' hatinya merintih lagi.


"Uncle Mirul , kenapa uncle nangis ??" suara Eqa Lily mengejutkannya.


"Taklah." diukir senyuman nipisnya dan matanya mula mengikut langkah adik bongsunya yang kini beranak dua itu yang datang mendekatinya.


~THE END <3





---------------------------------------------------------


Hey ! 
so macam mane 1st cerpen pendek aku ?? hheee , sory . Sad ending :'( 
Seriously , aku pun menitis air mata taw mase tulis cite ni.... Sedihh sangat ..Hrmmm..

OK !!

MORAL OF THE STORY :: 
JAGALAH PASANGAN ANDA SEELOKNYA , SEBAIKNYA .. 
HARGAILAH DIA SELAGI DIA DISISI ANDA .. :)
   




Sincerely by :


Greetings ! ;



Assalamualaikum makhluk Allah semua ! x'D kupu-kupu sedang skodeng blog saia♥(s). I'm Madeeha Nardin , twenty years old on Novermber2013 . Asal Kelantan , stay Kuantan :)
Do whatever you want here , but please MIND YOUR WORDS oukay :)
Thanks for landing here . Love you more ♥


Dugaan yang datang bertubi - tubi :'(

Cit Chat ! Don't Forget To Leave Your Footstep Here Oukay Dear ! :)



♦ URL blog wajib ade not email ♦




Edited By ;




All rights reserved ® Madeeha Nardin 2014.